Friday, February 3, 2012

kejahilan

actually, kau orang perasan tak kalau aku post entry tu macam nak hujan je kan? jujur ku akui, telah lama aku tinggalkan blog2 aku. kemalasan melanda. ibarat kemarau yang tiada penghujungnya. ibarat kepanasan yang semakin membara. tiada tanda untuk berkurangan. sama jua dengan kemalasan ku ini. ibarat tiada penghujungnya.

ceh. intro yang bak kata lecturer aku mengenai intro poem yang kami kaji itu yang hanya "bullshit". tapi memang kebanyakan cerita kita pun bermula dengan intro yang meleret dan tiada makna.

so, sekarang dengan rasminya aku tukarkan blog ini yang dahulunya dipenuhi taik kerbau dengan blog separa personal separa taik kerbau.

terima kasih kepada cik siti yang masih tegar ber-blogging hingga semangat aku sendiri kembali pulih.

bercakap mengenai taik kerbau, banyak agenda yang terjadi dalam hidup aku yang boleh dikategorikan sebagai taik kerbau. perhubungan sesama manusia yang mungkin ada cacat celanya juga boleh jatuh ke dalam ketegori taik kerbau.

bukan orang yang cacat. tapi perangainya yang cacat.

masing2 punya pendapat dan sebagai manusia memang kita tidak lari dari idealogi bahawa pendapat kitalah yang terbaik dan harus didengari. tapi, sebagai manusia jugalah kita terlalu bongkak dan riak sehingga memekakkan telinga hanya kerana tidak mahu mendengar pendapat yang lebih bijak dan benar.

memang kita manusia penuh cacat. dan cela. dan sifat2 yang negatif.

tapi, cubalah. cuba untuk bukakan hati untuk mendengar. memang telinga itu yang mendengar, tapi apa guna mendengar dengan telinga jika pintu hati kita tutup seeratnya? apalah sangat untuk kita mengakui kelemahan? apalah sangat untuk kita berhenti seketika dan mengakui yang kita jahil? yang kita perlu berlajar?

tapi kau bongkak, wahai teman. kau fikir kau tahu segalanya. kau fikir dunia ini dalam genggaman kau.

dan satu hari nanti kau akan tahu, sebesar mana dunia ini. dan sebesar mana kejahilan kau itu.

No comments:

Post a Comment

dah makan kene bayor ye yop!