haha. okay aku ade tabii yang aku rasa agak malu lah nak mengaku. aku suka chat. chat tu masuk2 chat room g tunjuk muka lepas tu tunggu sapa nak tegur.
mmg vain tapi aku suka sebab aku dapat belajar tentang pelbagai karenah dan perangai, buruk atau lawa manusia kat alam maya ni.
percayalah cakap aku, memang berbagai.
ada yang mengayat memang rasa nak naik ke bulan. pakai ayat2 cintan jiwang meleleh ayaq liuq. rasa macam dengar lagu pun ade. memang best layan jiwang2 ni kan. tapi paling potong stim bila yang ayat2 jiwang tu bila tengok muka memang patutlah ayat serupa lagunya jugak. err ADULT. adult maksud aku kat sini ialah geng2 bapak2 pakcik2. tak termasuk geng abang pun. tapi macam biase. nak jugak aku panggil abang.
hello?!
serupa bapak aku, kau nak aku panggil kau abang? eee tolonglah aku terbayang orang sebaya aku panggil bapak aku abang. geli nak mampuih terasa nak tampaq diri sendiri. even kalau sebaya aku jual barang panggil bapak aku abang pun aku rasa geli and rasa nak humban kepala dalam tandas je minah tu. hahaha.
okay aku ade tendency untuk menyimpang jadi aku akan menyimpang dalam kiraan 3,2 1.
teringat aku pasal isu nak panggil abang ke pakcik ke encik ke, dengan member2 aku. masing2 dengan teori masing lah. aku pun ade jugak. aku rasa panggilan pakcik tu paling selamat sebab taknak ada masalah. kang ade yang terperasan lah, tak senang duduklah sebab aku panggil orang abag dah tu ingat aku nak ngorat? lah. semua tu ada. so kata putus, baik kau jangan guna kata ganti diri. biar unknown di situ. selamat kau nyah.
tapi yang penting drebar bus uni aku tu jangan harap aku nak panggil abang. euw seribu euw okay?
No comments:
Post a Comment
dah makan kene bayor ye yop!