Friday, October 14, 2011

aku yang pelik

Yo selamat hari indah wahai sekalian bloggers :) Dah lama betul aku tak mem-blog, kan? Haha. Tolonglah jangan panggil aku pemalas. Sesungguhnya aku bukanlah pemalas yang amat. Cuma batasan masa yang memaksa aku untuk menyepi sebentar.

Amacam? Intro nak meletup aje kan? Haha :)

aku harap korang semua okay saja. Sem break pun dah nak habes, sem baru pun nak start. Baru kinilah aku nak start blog balik.

Apekejadah?

Hari itu member-member uni aku datang rumah sempena menghadiri convo bf salah seorang daripada member kami tu yang bertempat di UIA.

Ha jangan main-main, Mak Jah pi UIA hari tu taw!

Haha! Aku pun dengan penuh berhati-hati, pun bawaklah shawl satu sebab kot-kot ada guard yang jerkah aku suruh pakai tudung ke hape. Haha! Joke joke! Bukan hape, sebab aku taw kalau student UIA ni kalau masuk kelas memang kene tutup aurat tu kan. So, dengan cerita yang aku dengar, dan dengan nasihat orang convo tu, shawl pun dibawa :)

Gerun doh aku naik bus masuk UIA. Sebab terbayang-bayang insident yang melanda diriku ini.

*sila buat musik sedih cerekarama sikit*

Aku ingat lagi kali pertama aku jejakkan kaki ke sekolah menengah *nama dirahsiakan* aku tu. Wah memang ramai lah budak kan. Memang nak cari spesis aku tu, memang mimpi jelah kan. Kejadian ini berlaku bila aku baru masuk Form 1. So, ada sesi orientasi. So, bila dah berkumpul dalam dewan tu, adalah seorang kaunselor ni datang ke depan dan blablabla. Aku pun tan hingat ape dye cakap. Kemudian, tiba masanya untuk memanggil murid untuk menjawab soalan.

Aku paling tak suke time2 nak panggil ni. Sebab aku taw aku pelik. Sebab budak pelik selalu kene panggil. Sebab tu aku selalu kene panggil. Why oh why aku pelik?

Aku pun dengan merendah diri, merendahkan kepala aku supaya kanselor tu rasa-rasa tak nampak kepala aku yang besaq ni. Tunduk punya tunduk, aleh-aleh aku jugak dipangggil. Kepala besaq sangat sapa suruh! Okay, nak buat macam mana dulu mak aku tak ketuk kasik kecik sikit kan :P Sejujur-jujurnya, aku takdelah menyampah sangat kalau kaunselor tu panggil aku. So, what kan? Dah nasib. Jawab the blah lah kan?

Tapi, kali ini, panggilan itu seakan sangat membuat aku bengang.

Kau orang nak taw kenapa?

Dye panggil,"Ha, budak yang tak pakai tudung tu!"

Hamboi Cik Timah, kemain lagi kau eh? Wah darah panglima sakti pun menyirap. Rasa macam nak... nak... cubit je kaunselor tu! Hahaha! Sabar je lah wey. Aku taw dye tak kenal lagi aku ni siapa. So, dye taktaw lah sebab mengapa aku ke sekolah tanpa tudung. So, aku pun gigit kepala kawan aku sampai aku hilang marah. Kesian dye. Sorry kawan :)

You think that's the climax of the story? Well, think again, buddy!

Lepas tu bila tiba masa untuk pulang ke gua tempat tinggal aku, ada pulak manusia ni dok huha-huha. Adoy. Dan aku sebagai manusia pelik, telah mendapat perhatian daripada beliau.

Aiyoyo.

Dye jerkah,"Woi! Mana tudung woi?!"

Aiyoyo kepala hot-tak dye! Aiyo ni tak boleh tahan punye weh! Agak2 satu kapal jugak budak sekolah aku tu dengar kot. Rasa nak panggang je mamat tu wey! Lepas tu makan! Baru puas hati aku!

*tibe2 aku mcam cannibal pulak!*

Tapi... since dye taktaw, nak buat macam mana kan? I have to let that one go too.

So, janganlah terkejut mengapa aku takut bila aku ke UIA itu hari. Bukan kata nak stereotype ke racist ke hape ke lah kan. Just beware! Haha! " I don't want the banana to fruit two times" wey! Hahah! :)

Aku taktaw lak korang kan. Tapi kalau aku nampak seseorang yang aku dan adik-adik aku kategorikan sebagai "muka taktaw asal usul" (termasuk aku!) tu, aku akan siasat dululah. Sama ada dye rety cakap BM ke tak. Kalau tak tu, kau paham-paham je lah. Orang Mynmar ke hape ke kan. Takpun orang Thailand ke. Oh dan bila kau kata Thailand, aku maksudkan yang betul2 orang Thailand cakap Thai sahaja tu. Bukan orang Siam di Malaysia. FYI, orang Siam di Malaysia memang terer cakap BM. Jangan nak terkejut sangat hokey! Nah satu contoh : Bro Aran. Setakat ni satu je lah dulu. Kalau aku jumpe, aku bagi okay?



Tapi kalau kau nampak aku, tolonglah jangan ingat aku orang Mynmar okay. Sekian :)


Trivia takde hadiah : agak2 rupa aku macam mana kalau bertudung? haha.


3 comments:

  1. Hahahaha.
    Giler taley tahan.
    Dari awl dok gelak jer.
    Comey gmbo tu wei!

    ReplyDelete
  2. woi aku mat salleh la. kacukan german jepun bahahhaa

    ReplyDelete
  3. @yasmin : hahaha gelak diam2! haha
    @araN : bapak perasan! hahaha cube ckp german sikit!

    ReplyDelete

dah makan kene bayor ye yop!