Thursday, December 8, 2011

berak dalam bekas?


Tolong jangan buat spekulasi bahawa rumah aku telah dirompak lepas tengok gambar ni. Dulu perompak bedebah datang rumah aku pun tak pecah pintu pun. Bukak pintu penuh tamadun, okay?


Apa yang anda lihat ini ialah hasil air tangan bapak aku sendiri. Bukan niat nak baiki pintu mahupun nak pasang tombol baru. Tapi hal ini terjadi kerana adik aku terkunci dalam bilik dye sendiri. Pintu itu terpaksa dilakukan sedemikian rupa. Haha. Liat dow tombol tu nak keluar. Siap kene gergaji lagi. Memang terbukti dapat menghalang pencuri untuk pecah masuk. Tapi fail jugak sebab adik aku terkunci dan memang nak terkecing jugaklah nak bukak bende alah tu.

Dan sambil-sambil tengah nak terkencing nak bukak pintu tu, bapak aku boleh buat lawak.

"Ni naseb baik adik ang belum mandi ja. Kalau dia nak terberak, macam mana? Kalau tengah nak cirit macam mana?"

Aku yang tengah pegang pintu sebab bapak aku nak gergaji pintu tu pun terbayang situasi adik aku nak tercirit dalam bilik yang terkunci tu. Memang ada dua je jalan yang boleh diambil. SATU : ang tahanlah sampai berpeluh-peluh longgaq lutut habes ataupun DUA : ang cari la bekas mana-mana untuk dijadikan bekas menyimpan tahi anda itu.

Sungguh euw kan?

Tapi euw atau tak, kalau terjadi kat angpa, macam mana? Kalau dah memang sakit perut tahap gaban tu kan. Dan bukan sakit perut nak berak biasa-biasa tu okay?

Atau maybe angpa nak option KETIGA : tendang pintu sampai pecah! Haha! Memang boleh pakai. Tapi, bolehkah angpa buat lagu tu masa-masa nak tahan berak ni? Jangan sekali tendangan kuat, isi kadungan perut angpa pun terkeluaq sekali. Memang tak payahlah nak susah-susah tendang dah kan.

Tapi sebagai orang yang rasional, anda patut memilih alternatif yang kedua. Ini adalah kerana, bila anda berak dalam bekas yang anda jumpa, anda akan melakukakan pemberakan yang kemas dan rapi. At least terletak dan tidak merata-rata kan?

Tapi kalau anda menendang pintu lalu terberak, bukankah ini akan menyebabkan anda terberak merata dan menyebabkan satu fenomena tahi bersepah?

Jadi, sebagai orang yang rasional, pilihlah jalan yang memberi faedah. Sekian

p/s : Agak-agak kan, nak pakai bekas ape ek? Tong sampah? Mangkuk, piring, pinggan?

No comments:

Post a Comment

dah makan kene bayor ye yop!