Thursday, December 8, 2011

berak dalam bekas?


Tolong jangan buat spekulasi bahawa rumah aku telah dirompak lepas tengok gambar ni. Dulu perompak bedebah datang rumah aku pun tak pecah pintu pun. Bukak pintu penuh tamadun, okay?


Apa yang anda lihat ini ialah hasil air tangan bapak aku sendiri. Bukan niat nak baiki pintu mahupun nak pasang tombol baru. Tapi hal ini terjadi kerana adik aku terkunci dalam bilik dye sendiri. Pintu itu terpaksa dilakukan sedemikian rupa. Haha. Liat dow tombol tu nak keluar. Siap kene gergaji lagi. Memang terbukti dapat menghalang pencuri untuk pecah masuk. Tapi fail jugak sebab adik aku terkunci dan memang nak terkecing jugaklah nak bukak bende alah tu.

Dan sambil-sambil tengah nak terkencing nak bukak pintu tu, bapak aku boleh buat lawak.

"Ni naseb baik adik ang belum mandi ja. Kalau dia nak terberak, macam mana? Kalau tengah nak cirit macam mana?"

Aku yang tengah pegang pintu sebab bapak aku nak gergaji pintu tu pun terbayang situasi adik aku nak tercirit dalam bilik yang terkunci tu. Memang ada dua je jalan yang boleh diambil. SATU : ang tahanlah sampai berpeluh-peluh longgaq lutut habes ataupun DUA : ang cari la bekas mana-mana untuk dijadikan bekas menyimpan tahi anda itu.

Sungguh euw kan?

Tapi euw atau tak, kalau terjadi kat angpa, macam mana? Kalau dah memang sakit perut tahap gaban tu kan. Dan bukan sakit perut nak berak biasa-biasa tu okay?

Atau maybe angpa nak option KETIGA : tendang pintu sampai pecah! Haha! Memang boleh pakai. Tapi, bolehkah angpa buat lagu tu masa-masa nak tahan berak ni? Jangan sekali tendangan kuat, isi kadungan perut angpa pun terkeluaq sekali. Memang tak payahlah nak susah-susah tendang dah kan.

Tapi sebagai orang yang rasional, anda patut memilih alternatif yang kedua. Ini adalah kerana, bila anda berak dalam bekas yang anda jumpa, anda akan melakukakan pemberakan yang kemas dan rapi. At least terletak dan tidak merata-rata kan?

Tapi kalau anda menendang pintu lalu terberak, bukankah ini akan menyebabkan anda terberak merata dan menyebabkan satu fenomena tahi bersepah?

Jadi, sebagai orang yang rasional, pilihlah jalan yang memberi faedah. Sekian

p/s : Agak-agak kan, nak pakai bekas ape ek? Tong sampah? Mangkuk, piring, pinggan?

Friday, October 14, 2011

aku yang pelik

Yo selamat hari indah wahai sekalian bloggers :) Dah lama betul aku tak mem-blog, kan? Haha. Tolonglah jangan panggil aku pemalas. Sesungguhnya aku bukanlah pemalas yang amat. Cuma batasan masa yang memaksa aku untuk menyepi sebentar.

Amacam? Intro nak meletup aje kan? Haha :)

aku harap korang semua okay saja. Sem break pun dah nak habes, sem baru pun nak start. Baru kinilah aku nak start blog balik.

Apekejadah?

Hari itu member-member uni aku datang rumah sempena menghadiri convo bf salah seorang daripada member kami tu yang bertempat di UIA.

Ha jangan main-main, Mak Jah pi UIA hari tu taw!

Haha! Aku pun dengan penuh berhati-hati, pun bawaklah shawl satu sebab kot-kot ada guard yang jerkah aku suruh pakai tudung ke hape. Haha! Joke joke! Bukan hape, sebab aku taw kalau student UIA ni kalau masuk kelas memang kene tutup aurat tu kan. So, dengan cerita yang aku dengar, dan dengan nasihat orang convo tu, shawl pun dibawa :)

Gerun doh aku naik bus masuk UIA. Sebab terbayang-bayang insident yang melanda diriku ini.

*sila buat musik sedih cerekarama sikit*

Aku ingat lagi kali pertama aku jejakkan kaki ke sekolah menengah *nama dirahsiakan* aku tu. Wah memang ramai lah budak kan. Memang nak cari spesis aku tu, memang mimpi jelah kan. Kejadian ini berlaku bila aku baru masuk Form 1. So, ada sesi orientasi. So, bila dah berkumpul dalam dewan tu, adalah seorang kaunselor ni datang ke depan dan blablabla. Aku pun tan hingat ape dye cakap. Kemudian, tiba masanya untuk memanggil murid untuk menjawab soalan.

Aku paling tak suke time2 nak panggil ni. Sebab aku taw aku pelik. Sebab budak pelik selalu kene panggil. Sebab tu aku selalu kene panggil. Why oh why aku pelik?

Aku pun dengan merendah diri, merendahkan kepala aku supaya kanselor tu rasa-rasa tak nampak kepala aku yang besaq ni. Tunduk punya tunduk, aleh-aleh aku jugak dipangggil. Kepala besaq sangat sapa suruh! Okay, nak buat macam mana dulu mak aku tak ketuk kasik kecik sikit kan :P Sejujur-jujurnya, aku takdelah menyampah sangat kalau kaunselor tu panggil aku. So, what kan? Dah nasib. Jawab the blah lah kan?

Tapi, kali ini, panggilan itu seakan sangat membuat aku bengang.

Kau orang nak taw kenapa?

Dye panggil,"Ha, budak yang tak pakai tudung tu!"

Hamboi Cik Timah, kemain lagi kau eh? Wah darah panglima sakti pun menyirap. Rasa macam nak... nak... cubit je kaunselor tu! Hahaha! Sabar je lah wey. Aku taw dye tak kenal lagi aku ni siapa. So, dye taktaw lah sebab mengapa aku ke sekolah tanpa tudung. So, aku pun gigit kepala kawan aku sampai aku hilang marah. Kesian dye. Sorry kawan :)

You think that's the climax of the story? Well, think again, buddy!

Lepas tu bila tiba masa untuk pulang ke gua tempat tinggal aku, ada pulak manusia ni dok huha-huha. Adoy. Dan aku sebagai manusia pelik, telah mendapat perhatian daripada beliau.

Aiyoyo.

Dye jerkah,"Woi! Mana tudung woi?!"

Aiyoyo kepala hot-tak dye! Aiyo ni tak boleh tahan punye weh! Agak2 satu kapal jugak budak sekolah aku tu dengar kot. Rasa nak panggang je mamat tu wey! Lepas tu makan! Baru puas hati aku!

*tibe2 aku mcam cannibal pulak!*

Tapi... since dye taktaw, nak buat macam mana kan? I have to let that one go too.

So, janganlah terkejut mengapa aku takut bila aku ke UIA itu hari. Bukan kata nak stereotype ke racist ke hape ke lah kan. Just beware! Haha! " I don't want the banana to fruit two times" wey! Hahah! :)

Aku taktaw lak korang kan. Tapi kalau aku nampak seseorang yang aku dan adik-adik aku kategorikan sebagai "muka taktaw asal usul" (termasuk aku!) tu, aku akan siasat dululah. Sama ada dye rety cakap BM ke tak. Kalau tak tu, kau paham-paham je lah. Orang Mynmar ke hape ke kan. Takpun orang Thailand ke. Oh dan bila kau kata Thailand, aku maksudkan yang betul2 orang Thailand cakap Thai sahaja tu. Bukan orang Siam di Malaysia. FYI, orang Siam di Malaysia memang terer cakap BM. Jangan nak terkejut sangat hokey! Nah satu contoh : Bro Aran. Setakat ni satu je lah dulu. Kalau aku jumpe, aku bagi okay?



Tapi kalau kau nampak aku, tolonglah jangan ingat aku orang Mynmar okay. Sekian :)


Trivia takde hadiah : agak2 rupa aku macam mana kalau bertudung? haha.


Sunday, July 31, 2011

hutang oh hutang- the sequel

berhubung entry lalu mengenai hutang, "Hutang Oh Hutang", terdetik nak menambah entry. okay, seperti yang kita tahu, memang payah lah kalau nak bagi alasan bila sapa-sapa datang meminjam. kalau memang tengah kaya tu memang orait lah kan.

tapi apa nak buat kalau kita sendiri pun tengah poket kosong?



MACAM MANA TAK NAK BAGI ORANG PINJAM DUIT


Baju
hang berpura-pura miskin. hang jangan lah pakai baju baru. hang pakai baju yg dah rabak tu. kalau takdak baju rabak, gigitlah baju yang ada tu. hang jangan pi ambek baju hat baru! hambek yang dah pudaq-pudaq tu. GIGIT okay? baru gheal!


Makan
hang makan nasik bujang ja tiap-tiap hari. seelok-elonya, teluq mata dengan kicap. comfirm orang kesian kat hang. tak jadik mintak duit kat hang.

Transportation
hang pi sekolah / uni / kelas / mana-mana jalan kaki ja. toksah nak mewah sangat nak naik teksi!

Alat Tulis
pensel dan pemadam tu pakailah sampai dah pendek dan kecil.

Sabun
tiap-tiap hari pakai baju hat sama! bila orang tanya, cakaplah takdak duit nak beli baju baru. PALING SYIOK KALAU HANG TAK BASUH BAJU TU. kalau orang tanya, jawablah, "aku takdak duit nak beli sabun lah, senah. takdak duit dah!"

original photo : here

setakat ini, itulah cara-cara yang gua dapat fikirkan. kalau ada, lu orang kasi bagi taw lah, okay? boleh kongsi-kongsi. akhir-akhir bulan, boleh lah praktikkan.



eh tapi kalau lu orang fikir betul-betul kan, alasan-alasan ni boleh digunakan jugak untuk MEMINTA DUIT / MEMINJAM WANG daripada kawan-kawan atau daripada ibu bapa sendiri.

okay gua dah bagi tips untuk ke arah kebaikan, bukannya untuk menipu pulak, okay?

Friday, July 29, 2011

Monday, July 25, 2011

hutang oh hutang

dah lama gua tak jejak blog ni. busy busy busy! haha. however, gua teringat hari tu, dalam perjalanan pulang ke rumah tercinta di selangor, tatkala gua sedang behimpit-himpit bagai sardin tin kecik, ada seorang akak ni tanya pasal macam mana nak pi mana entah. aku lupa, sorry :)


anyway, dia pun tanya, gua pun jawab setakat yang gua tahu. gua budak hulu, jalan kat KL tu, bukan taw sangat! dari pertanyaan, perbualan itu bertukar menjadi luahan hati. bukan hati gua, tapi hati dia yang diluahkan.

dia pun cakap lah tujuan dye ke KL ni. oh and btw, dye dari perak. ha, drive ke KL kendian naik komuter untuk ke tempat-tempat yang nak ditujuinya itu.

katanya, dia ke KL ni nak kutip hutang. okay bukanlah along, tapi sebab yang hutang dengan di a tu kata nak bayaq. and yang tak boleh tahan tu, si penghutang tu kata dia tak rety nak bank in duit. haiyo. gua pun taktaw lah dye tu dari zaman mana. aku rasa itu macam salah satu survival skills atau boleh dikatakan satu skill yang perlu!

ditambah pula akak sorang ni memang baik. sebab tu dye datang jugak. lagipun rasanya dia tengah nak pakai duit. and hutang ni dah dilanjutkan nak dekat setahun kalau tak silap aku. dahsyat tak? SETAHUN! kalau tanam pokok tu dah berbuah 2 kali dah wey!

dan, tuan-tuan dan puan-puan... * drum roll*

bukan seratus atau dua ratus. nak BERIBU jugaklah! duit yang dipinjam tu lah. gua pinjamkan tak sampai seribu pun terketar-ketar nak hulur, inikan pula beribu!

sembang punya sembang. akhirnye gua nampak cahaya kebahagiaan di mana komuter sardine berhad telah pun tiba di destinasiku. the end of my suffering! *lega* tapi sebelum gua turun tu, sempat akak tu bagi gua nasihat baik punya!

"janganlah pinjamkan duit kat siapa-siapa. kawan ke sape ke. walaupun seratus, janganlah pinjamkan. susah dik!"


okay selalunye orang bagi nasihat yang ala-ala baik je kan. hah kali ni mendapat kau! nasihat negatif tapi gua rasa paling efektif! setuju?



nota di kaki mu : entri bukan untuk membuat siapa-siapa terasa okay. hanya nak cerita pengalaman. kang ade pulak tembak aku =.=

Tuesday, June 28, 2011

khidmat nasihat minah remp : cucuk


wa sebagai minah rempit sejati memang bengang tahap tapir kalau ada pemandu kereta yg buat macam gambar di bawah. cucuk cucuk wa bila wa tengah jadi penunggang berhemah. lu nampak tak jalan raya tu sekangkang kera saje? lu nak wa bagi jalan kat lu ke? nak wa masuk lopak tu?

in your dreams lah wey.

so kepada ladies out there yg selalu kene buli when you're on the road kan, wa ada tips sikit untuk lu orang.

so, imagine yourself in the situation below. you're happily riding the superbike that you bought last week. then all the sudden this damned car comes from behind and started testing with your patience. dia pun cucuk cucuk kau.

kau tgk kiri, nampak lopaks.

tgk kanan, kereta laju macam driver nak terberak semuanya.

so ladies, what do you do?

you make 'em suffer! yeah that's what you need to do. kau drive elok2 saja di tempat itu. tidak perlu laju2 bha. kasi dia bengang sama kau.

because since there is nothing that both of you guys can do, might as well enjoy the scenery and take your own freaking time.

wa jahat? lu pembuli lagi jahat.


Wednesday, April 13, 2011

hobi aku

aku suka jawab phone stranger atau dalam kata lain, wrong number calls. best siot. i mean no harm but it's kinda fun sometimes. aku takdelah buli tak hengat dunia.

gurau-gurau pengerat hubungan saja.

situasi #1

aku : hello?
stranger : hello, nak cakap dengan wati boleh?
aku : (gelak besar) eh silap nombor ni.
stranger : eh yeke? ni siapa ni?
aku : ni markonah.
stranger : betul-betul lah. ni bukan wati ke?
aku : lah bukan lah. silap nombor ni.
stranger : yeke? ni siapa ek?
aku : awak nak cakap dengan siapa?
stranger : awak siapa?
aku : lah. awak yang call, jadi awk bagitaw lah awak nak cakap dengan siapa. bukannya saya yang kena bagitaw saya siapa.
stranger : ni bukan wati lah?
aku : ha’ah.
stranger : okay. okay! (teruih dia letak talipon)

la awat lah yang hang tak percaya cakap aku. kan aku dah habaq kata aku bukan wati. hesh. aku kesian jugak kat stranger tu. tapi apakan daya, aku punya loyaq bughuk dah naik, semua tak hengat dah.

macam sawan babi kan? oh future suami, bolehkah kau terima sawan loyaq bughuk ini?

situasi #2

aku : hello?
stranger : hello. ni siapa?
aku : ni pe'ah.
stranger : la betul-betul la. nama siapa?
aku : lah. pe'ah lah.
stranger : ow, bukan siti* ke?
aku : bukanlah. salah nmobor ni.
stranger : oh takpelah kalau macam tu.
aku : okay, bye bye.
stranger : eh kejap-kejap. boleh berkenalan tak?
aku : ha, kite dah berkenalan pun dah tadi.
stranger : yelah. nak tahu lebih lagi.
aku : okay.
stranger : umur berapa?
aku : dah 25 tahun dah.
stranger : oh yeke. saya pun dekat-dekat tu jugak.
aku : oh yeke. berapa?
stranger : hmm ni takdak sapa-sapa marah ke saya sembang dengan awak? dah ade yang berpunya?
aku : tak.
stranger : oh boleh lah saya masuk line ni. hihi.
aku : boleh kot. saya dah janda ni.
stranger : ha yeke?
aku : ye. anak dua dah.
stranger : oh.

hahahahha! aku suka sangat buat yang situasi kedua tu. epic gila. time cakap tu memang dah bantai gelak guling-guling bagai hippo terjumpa kolam air dah ni. aku gelak-gelak tu pun boleh percaya lagi. adoy kesian. tapi apakan daya.

silap orang lah bro lu nak main silap nombor. lepas ni aku nak mengaku nenek orang pulak. gempak sial.

roti reproductive cell

cerita gempak macam ni boleh aku lupa nak letak tajuk? berlapik sungguh tajuk ai kan yu alls? ai berhemah okay.

sekarang macam-macam yang boleh berlaku. wah skematiknye ayat aku. kau orang pernah dengar tentang 'roti sperm'? hahah! kalau ya, mungkin kau orang tengok kat youtube kot. tapi kalau rasa nak cari video tu, mimpi jelah eh? dengar kata, pemilik video dah delete doh. melepas kau orang tengok benda baik punya kan?

mesti kau orang bayangkan roti canai yang atasnya ada sperm kan?


geli sial. lagipun macam tak logik. sperm boleh nampak sebijik-sebijik ke? aku taktaw. sebab aku takdak sperm. sorry tak boleh nak describe. 0_o

dengar cerita, ni pasal mamak kat suatu tempat yang hanya orang yang tahu akan cerita ini tahu. *erk?* nak dijadikan cerita, suatu hari mamak itu telah mengambil keputusan untuk 'bersuka ria' di tempat kerja. agaknya dah teringin sangat kot. asyik-asyik bila teringin, bini pulak takdak kan. nak mintak kat orang sini, kene pi carik pulak kan.

"Payah sangat, aku buat sendirik lah!", kata mamak itu kepada dirinya.

maka dengan apa banyagan pun aku taktaw dia pi buat dalam toilet. maka dengan malangnya, perbuatan itu diketahui oleh sekumpulan budak yang kemudiannya merakan aksi terlarang tak hengat dunia tu dari atas.

takkan dari depan kot =.=

kemudian, telah diketahui bahawa setelah 'bersuka ria', maka mamak itu pun telah pergi membuat roti atas suruhan orang atasan. TANPA BASUH TANGAN BEKAS 'SUKA RIA' ITU.

*bunyik cengkerik muntah*

"Jadi, macam nilah kita buat roti sperm ya tuan-tuan dan puan-puan. jangan cuba mencuba resepi kita pada kali ini" *gaya chef terkenal*

lepas kejadian tergempaq tu, kami pun seringkali membayangkan sperm di roti kami. at least, i do. whahahahahaha! tapi aku geli. jangan salah faham kata aku sangap nak ada sperm atas roti aku okay.

mintak simpang.

sebenaqnya, aku bukak pekung di dada mamak itu (bukan aku, aku gemuk tak muat pakai pekung segala) sebab aku terbaca entri seorang blogger, kak Sue Anna Joe pasal soya ludah. bideonya di bawah ya...



ha, betui atau dak, aku tak tahu lah. angpa nilai. kalau tak betul, jangan pulak di tambah fitnah. hilang periuk nasik bekas soya orang tu kan.

tapi kalau betui, memang nak kena ludah jugaklah kot. tapi kan...

kiranya, buih-buih cinta kat minuman seperti teh tarik, jus buah-buahan tu ada risiko yang dia sebenaqnya ludah jugak ka?

=.=

lepas tu tengok-tengok lepas ni, muncul minuman, "Ludah Ori Punye Dijamin Lazat Lemak Berkrim. Boleh ditambah tahi gigi untuk rasa yang lebih mengancam."

"Encik, nak order apa? Ludah Ice or Hot?"

"Ice, please. Make it two, okay?"

"How do you want it, sir? With chocolate on top or plain?"

"Chocolate sounds interesting. But I'll have one chocolate and one plain."

taktaw kenapa dari cakap melayu teruih pi tukaq cakap omputih.


double =.= =.=

teringat satu movie Thai yang scene last dia ada sorang mamat ni ludah kat teh ais pakcik ni. bertambah-tambah buih cinta kat teh tu siot. geli tekak mak taw. tak hengat movie apa.

okay sekarang aku tengok buih kat kopi aku pun rasa macam telan ludah. walaupun aku dah sure yang aku tak ludah apa-apa pun kat kopi aku. bersin je tadi. bukan ludah pun.


p/s : googled sperm tadi. wanna see what i found out?


gambar telah aku edit supaya orang yang nengok gambaq ni tak kata aku gatai. dan untuk mengelak siapa-siapa tersangap lalu teringin perkara sebegini. dengar kata benda ni ada di china sana. untuk sperm donation. service baik punya okay. mesti ramai yang rajin donate. agak-agak seminggu, tiap-tipa hari rasa berbesar hati nak donate sperm.

kalau aku jantan pun aku donate tiap-tipa hari kut. *bunyik cengkerik*

ha kau nak? pi china sana.

Sunday, April 10, 2011

repost : miss-i-know-everythang #1

todays, i selaku penasihat yu alls, nak bagi sedikit nasihat. i kan miss-i-know-eveythang. so, listen to me okay?

baru-baru ni ada kawan i. tataw la apa nasib dia sebab terpaksa encounter perkara menyusahkan ni. yu alls taw tak dia kene psycho-attack?

what the hell is it?

well, yu alls. psycho-attack ialah satu term yg baru i cipta. well * i kene copy paste perkataan psycho-attack ni sebab malas nak fikir la nak taip psycho tu * so biar i buat FAQs untuk yu alls kay? senang nak baca.


Q : what's a psycho-attack?

it's when you have an attack la what else kan. ape la yu alls nih.

Q : who is the attcker?

the psycho lah. who else.

Q : what will the psycho do?

attack you. hello?

okay, yu alls jangan risau. i akan explain more okay. kawan i ni actually dihantui oleh seorang mamat yg psycho ( wtf? ni pun aku copy paste?) yang tak henti meluahkan perasaan walaupun kawan i ni tak suka dia.

i mean, if u're not favoured, get away la, okay? dah org tak mau, jgn diminta lgy dah.


so what do you do if you're in this situation?

Pretend yu dah mampus.

buat-buat la drama sikit. like, suruh abang yu ke pakwe yu ke menyamar jd orang yang beritahu u dah mampus. i mean, lakonan je kannsss? pastu buat-buat la facebook untuk tribute kat yu. lagy REAL okay.

Calls

bila next time dia call yu, angkat lepas tu cakap tamil. or buat slang-slang sewaktu dengannya. works fer me. pernah buat okay. kawan i buat, pastu terus mamats tu hilang. ow yeah bebeyh! :)

Kalau dia lalu depan rumah

bila nampak saja dia, yu buat-buat jatuh lepas tu act mcm yu alls tgh sawan. tak pun menggila ke. lagi best kalau yu alls ada masa, patah balik masuk rumah amik parang daddy yu alls yang gedabak tu. bila dia lalu, ha buat-buat la aksi tengah asah parang gedabak. gerenti buley buat si psycho tu lari.

Yu kata yu lesbian.

dah banyak kali i pakai. sometimes it works. sometimes, it doesn't. paling tragis ialah bila i cakap i lebian, mamats ni pulak nasihat i baik punya. ceramah lagy tu okay. i untung sebab tambah koleksi jokes i.

Yu cakap yu transvestite.

ow yeah cakap la dulu yu jantang. tapi dah bertukar angin.


Yu cakap la yu dah nak kahwin.

cakap la semua persediaan dah siap. dah nikah dah pun tinggal nak sanding je. EPIC okay. pastu pinjam baju nikah akak or mak, pose sikit dengan jantang mana-mana. pastu post cepat-cepat la kat FB korg.

Kalau dia nak attack jugak walaupun dah taw yu nak kahwin?

kahwin la cepat-cepat pastu gi HONEYMOON for a month. balik pastikan ada ole-ole dalam perut tu. advantage bagi yu okays.

okay. harap yu alls manfaatkan nasihat i kali ini. buybhye lovesss muachhhxxxxxxxx
xoxo
yu know yu love me.

why did the computer shut down?

Lecturer : What's happening to the computer? Why is it blank?

The lecturer moves the mouse over and the screen appeared.

Student : Oh, it was in sleep mode, sir.

But a second after that, the computer was shutting down.

Lecturer : Oh, but why is it shutting down?

Student : Cause you woke the computer when it was in sleep mode. So, the computer got pissed and shuts himself down. Too bad, sir.

=.= i said this to my lecturer. it's a true story. but only my friends heard it. kalau tak, mampus aku kene kejar dengan lecturer! teehee! :)