Sunday, July 31, 2011

hutang oh hutang- the sequel

berhubung entry lalu mengenai hutang, "Hutang Oh Hutang", terdetik nak menambah entry. okay, seperti yang kita tahu, memang payah lah kalau nak bagi alasan bila sapa-sapa datang meminjam. kalau memang tengah kaya tu memang orait lah kan.

tapi apa nak buat kalau kita sendiri pun tengah poket kosong?



MACAM MANA TAK NAK BAGI ORANG PINJAM DUIT


Baju
hang berpura-pura miskin. hang jangan lah pakai baju baru. hang pakai baju yg dah rabak tu. kalau takdak baju rabak, gigitlah baju yang ada tu. hang jangan pi ambek baju hat baru! hambek yang dah pudaq-pudaq tu. GIGIT okay? baru gheal!


Makan
hang makan nasik bujang ja tiap-tiap hari. seelok-elonya, teluq mata dengan kicap. comfirm orang kesian kat hang. tak jadik mintak duit kat hang.

Transportation
hang pi sekolah / uni / kelas / mana-mana jalan kaki ja. toksah nak mewah sangat nak naik teksi!

Alat Tulis
pensel dan pemadam tu pakailah sampai dah pendek dan kecil.

Sabun
tiap-tiap hari pakai baju hat sama! bila orang tanya, cakaplah takdak duit nak beli baju baru. PALING SYIOK KALAU HANG TAK BASUH BAJU TU. kalau orang tanya, jawablah, "aku takdak duit nak beli sabun lah, senah. takdak duit dah!"

original photo : here

setakat ini, itulah cara-cara yang gua dapat fikirkan. kalau ada, lu orang kasi bagi taw lah, okay? boleh kongsi-kongsi. akhir-akhir bulan, boleh lah praktikkan.



eh tapi kalau lu orang fikir betul-betul kan, alasan-alasan ni boleh digunakan jugak untuk MEMINTA DUIT / MEMINJAM WANG daripada kawan-kawan atau daripada ibu bapa sendiri.

okay gua dah bagi tips untuk ke arah kebaikan, bukannya untuk menipu pulak, okay?

Friday, July 29, 2011

Monday, July 25, 2011

hutang oh hutang

dah lama gua tak jejak blog ni. busy busy busy! haha. however, gua teringat hari tu, dalam perjalanan pulang ke rumah tercinta di selangor, tatkala gua sedang behimpit-himpit bagai sardin tin kecik, ada seorang akak ni tanya pasal macam mana nak pi mana entah. aku lupa, sorry :)


anyway, dia pun tanya, gua pun jawab setakat yang gua tahu. gua budak hulu, jalan kat KL tu, bukan taw sangat! dari pertanyaan, perbualan itu bertukar menjadi luahan hati. bukan hati gua, tapi hati dia yang diluahkan.

dia pun cakap lah tujuan dye ke KL ni. oh and btw, dye dari perak. ha, drive ke KL kendian naik komuter untuk ke tempat-tempat yang nak ditujuinya itu.

katanya, dia ke KL ni nak kutip hutang. okay bukanlah along, tapi sebab yang hutang dengan di a tu kata nak bayaq. and yang tak boleh tahan tu, si penghutang tu kata dia tak rety nak bank in duit. haiyo. gua pun taktaw lah dye tu dari zaman mana. aku rasa itu macam salah satu survival skills atau boleh dikatakan satu skill yang perlu!

ditambah pula akak sorang ni memang baik. sebab tu dye datang jugak. lagipun rasanya dia tengah nak pakai duit. and hutang ni dah dilanjutkan nak dekat setahun kalau tak silap aku. dahsyat tak? SETAHUN! kalau tanam pokok tu dah berbuah 2 kali dah wey!

dan, tuan-tuan dan puan-puan... * drum roll*

bukan seratus atau dua ratus. nak BERIBU jugaklah! duit yang dipinjam tu lah. gua pinjamkan tak sampai seribu pun terketar-ketar nak hulur, inikan pula beribu!

sembang punya sembang. akhirnye gua nampak cahaya kebahagiaan di mana komuter sardine berhad telah pun tiba di destinasiku. the end of my suffering! *lega* tapi sebelum gua turun tu, sempat akak tu bagi gua nasihat baik punya!

"janganlah pinjamkan duit kat siapa-siapa. kawan ke sape ke. walaupun seratus, janganlah pinjamkan. susah dik!"


okay selalunye orang bagi nasihat yang ala-ala baik je kan. hah kali ni mendapat kau! nasihat negatif tapi gua rasa paling efektif! setuju?



nota di kaki mu : entri bukan untuk membuat siapa-siapa terasa okay. hanya nak cerita pengalaman. kang ade pulak tembak aku =.=