Saturday, February 25, 2012

peraih perhatian

agaknya aku semakin tua. semakin menyampah dengan dunia. ada yang makin pelik. ada yang makin jelik. atau mungkin aku yang mengada?

kalau yang dibuat itu, semuanya hendak diberitahu. kalau yang terjadi itu, semuanya hendak diumumkan.

kau bercinta. disanalah kau war-warkan. kata-kata cinta yang tak putus untuk kekasihmu itu. janji-janji manis kau taburkan di khalayak ramai. kau kata, " tak apa kalau orang ramai tengok. biar mereka tahu aku serius."
mungkin kau nak semua tolong doakan kau dengan pasangan kau tu. mungkin kau nak kami semua tahu betapa jujur, ikhlas dan tulusnya cinta kau tu.

aku pun doakan. agar cepat2 kau kahwin dan buktikan cinta kau yang bergunung tu. cinta kau yang sedalam lautan biru tu. cinta kau yang tak mungkin dimakan usia.

kau bersedih. disanalah kau curahkan kesedihan kau. tak salah sebab maybe kau nak orang lain bagi kau semangat. maybe kau nak semua sama-sama doakan untuk kau. kau nak semua orang tahu betapa kau tersiksa dan betapa kau bersusah payah untuk sesuatu itu. atau mungkin kau nak beritahu semua yang jantan yang kau sanjung2 dulu tu sebenarnya musang bertopengkan manusia. mungkin jua kau nak bukak aib kau sendiri. siapa tahu apa niat kau? tapi takpe, yang penting kau beritahu. sebab kami rakyat malaysia memang suka ambil tahu.

kau pergi sini sana. disanalah kau laporkan pada semua. yang dah pergi tu boleh tahan lagy. tapi yang baru nak pergi tu pun kau beritahu. terima kasih sebab beritahu. senang kami nak rompak rumah anda bila anda tiada nanty. terima kasih banyak2.

kau buat itu. kau buat ini. semua nak bilang. pendek kata semua kau nak cakap.

memang aku dah tua agaknya.




you know it's for you

be strong, friend. one day, you'll get over it. didn't know it affected you so much. if only i knew. but even if i knew, u know you wouldn't say anything and wouldn't let me say anything.

so, dari jauh aku doakan kau.
satu hari kau gembira macam dulu.
tenang dari segala masalah.
jauh dari segala kesedihan.
i <3 u :)



Friday, February 17, 2012

ketagih dadah dadih

dah lama tak minum teh tarik. nasi lemak baru pagi tadi. terasa ketagih teh tarik tu datang kembali. macam dadah. sama dengan ketagih dadih. bila dadih nak ada dalam peti ais rumah tumpangan kami? hanya dadih yang tahu bila. tanya dia.

manusia. bila tidur, semua elok sahaja. rupa pun tak bengis. tak gila. tak sengal. sama sahaja. aman sahaja. yang tak suka boleh tidur berpelukan. yang suka boleh tidur bertendangan. bila tidur semua masalah ditolak tepi. semua konflik diberhentikan dahulu. semua perbalahan direhatkan dahulu. sebab tu orang selalu kata kalau ada masalah, "p tidoq dulu. bangun nanty baru fikir."

yeke? tapi aku rasa aku tak boleh tidur. lapar. yang ada di perut aku tadi dah aku luahkan balik. rasa bersalah sangat. nasi oh nasi.

Sunday, February 12, 2012

bercuti

kalau nak pergi bercuti atau kemana-mana kan, selalunya sebelum keluar rumah, kita buang2 sampah pastikan takda kekotoran. sebab memang itu yang kita buat. ada orang kata takut lipas bermaharajalela nanti bila sudah pulang. ada yang tak mahu rumah kotor bila kot-kot ada orang datang menyinggah.

sama juga hidup. sebelum si polan nak meninggalkan hidup, dia kalau boleh nak buang2 semua yang tak elok dahulu. biar perjalanannya nanti tenang dan tanpa risau. si polan mahu tiada kekesalan bila dah jalan nanti.

siti yasmin punye pasal

kawan aku cakap aku post panjang2. so sekarang aku post pendek2. ha bace lah banyak2.

perubahan

manusia berubah. kau berubah. tapi aku rasa aku masih sama. atau adakah itu hanya perasaan aku sahaja?

perubahan, kadangkala seronok, kadangkala menyakitkan hati. tp aku rasa sakit. entah kenapa. aku terlalu sensitif? aku lemah? aku rapuh? ptuih lemah betul aku ni.

tp aku bahagia asalkan kau bahagia. au bahagia kiranya aku masih ada dengan kau. aku tak mintak lebih. aku nak yang aku ada selama ini.


friendship last longer

Sunday, February 5, 2012

annoying

hari ini lepas aku mandi, aku jengok2 facebook sat. ade page ni yang tanya macam mana nak deal dengan orang yang annoying. haha. aku selaku minah yang berpengalaman dalam hal ini pun ape lagi, bagi lah petua2 yang aku rasa murajab.. eh mujarab. sorry, tersamsul lah pulak. hehe.

ni aku nak bg kat angpa yang terasa dikelilingi orang yang annoying. bukan aku nak suruh tampaq ka atau belasah ka. aku selalu buat cara halus lah. haha. tapi bukan cara 'halus' tu noh. jangan ingat aku main kotor!

"syirik tu, syirik!"

ehem.. back to the topic. orang annoying ni banyak jenis kot. boleh dikategorikan dengan mengenalpasti dia annoying macam mana dan mengapa.

annoying dengan menyampuk dan merperlekehkan kata2 orang lain

hat ni, memang rasa nak penampaq ja kan? *eh kenapa aku terspeaking utagha lak ni?* jenis ni, memang suka masuk line bile orang berbual2 atau tengah cakap sesuatu. mereka2 ini boleh dengan selambernye datang, masuk dalam mesyuarat meja bulat korang dan mengeluarkan pendapat yang kadang2 tidak relevan dengan apa yang kita tengah bicarakan. dah la menyampuk, salah pulak tu kan?

yang macam ni, namanya enggak punya cukup perhatian dan kasih sayang deh! *opps indonesia pulak!* analisa aku lah kan, budak2 macam ni macam lack of attention kot. sebab tu mereka mencari peluang supaya kata2 mereka didengari dan dihargai. sebab tu bile kau orang tengah sembang2 dan tak melibatkan budak2 ni, mereka rasa perlu buat sesuatu untuk mengalih pandangan orang2 lain ke arah mereka.

so, apa yang kau orang kene buat ialah dengan mendengar. dan respond lah sikit2. and maybe, lama2 bila budak2 nih dah bosan, mereka akan berhenti. dan dengar ape yang orang lain nak cakap. yang jenis2 ni memang aku rasa tak boleh nak kejam sangat. sebab dengan sebab2 tertentu mereka jadi macam ni.

okay, aku nak buat pengakuan. actually aku nak bagi tips yang kejam. tapi kenapa aku berpaling tadah?

tapi, berlakulah kejam dengan orang yang dengan sengajanya berlaku sedemikian. saja nak cari perhatian walhal aku rasa mereka2 ni dah cukup perhatian dah. cume rasa tak cukup! aiyo orang2 macam ni memang buat bodoh je. jangan dibawak bergaduh. buang masa okay. ignore sahaja. sebab mereka2 ni macam lalat sikit. lalat kan, dimana ada ****, disitu mereka ada. sama macam annoying people ni. dimana ada perhatian (ingat aku nak cakap ****?) , disitu ada mereka. so, jangan bagi perhatian. so, mereka akan blah. so hidup korang senang.




Saturday, February 4, 2012

kuantiti

kualiti itu seharusnya lebih penting daripada kuantiti. tak gitu? makanan tu kalau nak best, mmg kualiti hari lebih hebat walaupun hanya sesudu, kan? terasa nikmat sangat2. tapi, kalu dah banyak, rasa mual2 dan menyampah tengok makanan tu. kan?

hah falsafah makanan ni boleh juga diaplikasikan kepada hal perhubungan kita sesama manusia. tak kiralah kawan ke kekasih ke kan.

jumpe tiap2 hari pun boleh runsing kepala taw?

sebab aku rasa kalau jumpe tiap2 hari, nak cakap ape je dengan orang tu? tanya khabar? tanya nak makan ape? tanya nak buat hape hari ni?

so, baik lagi kalau kau orang spend time yang penuh dan padat dengan aktiviti yang boleh menjadi kenangan terindah.

tiba2 blog aku semacam blog kaunselor pulak lah kan.



lain kali kalau ade yang nak jumpe aku tiap2 hari, aku nak tanye, "dah berak?"

Friday, February 3, 2012

kejahilan

actually, kau orang perasan tak kalau aku post entry tu macam nak hujan je kan? jujur ku akui, telah lama aku tinggalkan blog2 aku. kemalasan melanda. ibarat kemarau yang tiada penghujungnya. ibarat kepanasan yang semakin membara. tiada tanda untuk berkurangan. sama jua dengan kemalasan ku ini. ibarat tiada penghujungnya.

ceh. intro yang bak kata lecturer aku mengenai intro poem yang kami kaji itu yang hanya "bullshit". tapi memang kebanyakan cerita kita pun bermula dengan intro yang meleret dan tiada makna.

so, sekarang dengan rasminya aku tukarkan blog ini yang dahulunya dipenuhi taik kerbau dengan blog separa personal separa taik kerbau.

terima kasih kepada cik siti yang masih tegar ber-blogging hingga semangat aku sendiri kembali pulih.

bercakap mengenai taik kerbau, banyak agenda yang terjadi dalam hidup aku yang boleh dikategorikan sebagai taik kerbau. perhubungan sesama manusia yang mungkin ada cacat celanya juga boleh jatuh ke dalam ketegori taik kerbau.

bukan orang yang cacat. tapi perangainya yang cacat.

masing2 punya pendapat dan sebagai manusia memang kita tidak lari dari idealogi bahawa pendapat kitalah yang terbaik dan harus didengari. tapi, sebagai manusia jugalah kita terlalu bongkak dan riak sehingga memekakkan telinga hanya kerana tidak mahu mendengar pendapat yang lebih bijak dan benar.

memang kita manusia penuh cacat. dan cela. dan sifat2 yang negatif.

tapi, cubalah. cuba untuk bukakan hati untuk mendengar. memang telinga itu yang mendengar, tapi apa guna mendengar dengan telinga jika pintu hati kita tutup seeratnya? apalah sangat untuk kita mengakui kelemahan? apalah sangat untuk kita berhenti seketika dan mengakui yang kita jahil? yang kita perlu berlajar?

tapi kau bongkak, wahai teman. kau fikir kau tahu segalanya. kau fikir dunia ini dalam genggaman kau.

dan satu hari nanti kau akan tahu, sebesar mana dunia ini. dan sebesar mana kejahilan kau itu.

Siti Yasmin!

Apakah perasaan anda?

Kiter eksaited sgt sebab dapat jawab soalan2 ni youu :)

Saya nak makan….

Saya nak makan byk2 tp tak gemok. Boleh tak?

Saya tak suka…

Orang yg tak percaya kwn. Nak kene sekeh?

Impian saya…

Nak grad dengan cemerlang supaya ptptn terus terbyr secara automatis. Bagi duit kat mak bpk bile dah keje. Jadi anak terbaik. Jadi kawan terbaik. Boleh kerr?

Haiwan yang saya tak suka…
Lipas (same pulak dgn org yg tag aku ni) dgn burung. burung ape? ape2 jenis lah..

Harapan saya…

Sama mcm impian saya. Tambah sikitlah. Nak duit byk. Okay tak?

Jika masa boleh berputar…

Nak balik ke zaman di mana plastik tak dicipta lagy. Bunuh si pencipta tu agar Bumi hidup tenang tanpa ancaman plastik. Best kan? Nak bungkus makanan? byk lagy cara lain.

Hp saya adalah…

Nokia torchlight! kau hader?

Saya pernah bercinta sebanyak…

uhh berkali2 taw youuuuuu. jari i pun tak cukup nak kire tawwww. auwwwwww.

Saya suka pada…

kefahaman dan keserasian antara manusia... err? okay tak jwpn?

Kawan2 saya ada…

ada sy sebagai pendengar dan pembantu :)

Pernah dikhianati?

pernah. tp, who the hell cares, kan?

Apa yang anda mahu lakukan kepada orang yang khianati anda?

emm tobat tobat tobat! karma karma karma.