Monday, September 24, 2012

lemah gemalai itu kadang kala tak elok

kalau nak bawak kereta kat dalam kl yang macam zoo tu, silalah kuatkan hati, kentalkan semangat. 
DAN SILA AMBIL TAHU PASAL JALAN2 dye kay. jangan main redah je.

hari tu aku memang masuk kandang harimau bila drive kat kl durjana tu tanpa ilmu yang cukup. memang serik. mane tak serik bhai kalau dah dua kali kena  cuck dengan lori besar dan bus yang memang macam haram honk aku then bagi lampu then cucuk2 bagai. 

tapi, secara semula jadi aku memang takkan patuh. sehingga lah aku rasa cukup selesa untuk tukar lane. ingat aku senang2 nak kene buli? PLEASE lah. silap orang lah bongok.

cuak tu memang. sebab bayangkan bila kau bawak sang kancil yang lemah gemalai kuasa tak cukup, yang maximum speed yang aku pernah tekan hanya lah 80km/j. kau tak rasa nak cabut rambut ke? then aku kene maintain lane tu sebab kalau nak suka2 tukar lane kat kl tu memang mimpilah kan? tapi yang sangat men-tensionkan aku ialah sikap pembuli yang memang menyakitkan hati aku.

so cucuk lah cucuk. aku buat bodoh je. sebab aku rasa pembulian di atas jalan raya macam ini harus dihentikan. memang dye besar. memang dye berkuasa. tapi sampai bila kita nak dihenyak macam ni?

aku kesian sapa yang naik kereta dengan aku hari itu. memang tension. tension jalan raya tu dah satu. tension dengar aku mencarut pun ade kan? tu belum aku jerit2 gado2 dengan co-pilot aku. tapi jangan risau. bukan gado betul pun. 

biasalah. amorn kan selalu feeling lebih. HEHE.

patutlah bapak aku selalu cakap kalau kereta lembab sangat pun memang bahaya. aku memang dah paham dah hal tu and lain kali mintak taknak lah bawak dah kereta kancil walaupun sehensem atau secomel mane tuan kereta tu. 

MINTAK SIMPANG KAK OI.

Monday, September 17, 2012

pernah kau segila ini?



aku tak sabar nak habes exam wey! rasa macam nak menari2. tak sabar nak balik wey!

tapi yang penting sebelum balik aku kene lunaskan keinginan di hati dulu. harap2 dapatlah. kalau tak aku kempunan sampai naik sem.

serakah

aku kalau tengok dye memang aku rasa terliur. kalau aku dapat lah, aku cium2 sampai dye menyampah. aku tak kesah sebab aku taw dye akan sentiasa berada dalam dakapan aku. 

memang aku rindu ex aku lagy tapi aku perlukan dye ni sebab dye akan bantu capaikan segala nafsu2 aku yang selama ni aku simpan. 

aku nafsu tinggi so dye memang sesuai untuk puaskan nafsu aku.

sexy. menawan. comel. 

semua ada. memang package. aku rasa kalau orang lain tengok mesti terliur macam aku jugak. 

aku nak kau. setiap hari aku nak tengok kau. nak pegang kau. nak cium kau. nak belai kau. nak lap badan kau bagi bersih2 setiap kali kita bersama. 

AKU NAK KAU.

Sunday, September 16, 2012

percutian

boleh tak kalau aku nak p bercuti? nak p mana tu memang masalah sebab aku punya minda yang sepantas kilat boleh ke laut.

laut. ha laut best. aku nak beranang dari pagi sampai petang naik darat hanya untuk makan minum kencing berak. sunburn belakang kira. kalau ada laki surf ke plus point. rasa macam nak langgar surf board dye tu lepas tu ada alasan nak kenal2.

cakap psl surf tu aku teringat jejaka jepun aku tu. surfer okay. patutlah jepun gelap. tapi takpe. baru man kalau gelap2 ni. nampak sangat tak duduk terperuk dalam rumah. aku suka sangat laki macam ni.

*padahal suka sebab kau takkan dibandingkan warna kulit dengan laki kau kan?*

berbalik pada topik percutian.

kalau sungai aku nak yang dalam dan ada air terjun. kalau boleh kurang orang. aku nak buat macam tempat mak bapak aku. ni tak. ade yang berendek lah. amek ceruk batu mane g buat acara bersiram laki bini lah ape lah. rosak mate aku wey. memang sah2 bukan laki bini betul sebab aku rasa kalau laki bini betul tak payah tunggu nak datang air terjun lah nak berdua-duan kan?

kalau makan, mesti ada nasi lemak. bihun goreng nugget banyak tak hingat dunia dengan air oren. wah stereotype gila aku ni.

stereotype percutian. kau hade?

okay lah. bukan stereotype. more to format percutian. hehe.

kalau tak g jalan2 cari makan. wah best2! aku nak p pineng kalau nak makan2 ni. belah utara dan timur memang syiok makan2.

kalu g kelate gak, g make colek ah. tepi pata tujuh tu. pata tujuh pun doh comey doh loni. buke mace dulu2 supo hidup segan mati tak mahu. colek ado, kepok ado, ike goreng pun ado. huih sedak wey.

kalau g utara aku nak attack nat dye. kalau nat tu kan makanan dye memang tak hingat dunia jugak. apam2 kuih talam2, nasik2, ulam2 hah semua ada. ketupat palas all year round pakcik tu buat.

in the end we all know that i am actually hungry sebab dah tersasar jadi entry pasal makanan. kenapa aku tak pernah nak stick to one topik?

abang?

we exam satu paper je lagy wey tolonglah study wey jangan nak mengada sangat wey nanty fail menangis tak berlagu lah kau wey pehal kau online lagy ni wey ha wey wey wey wey?

haha. okay aku ade tabii yang aku rasa agak malu lah nak mengaku. aku suka chat. chat tu masuk2 chat room g tunjuk muka lepas tu tunggu sapa nak tegur. 

mmg vain tapi aku suka sebab aku dapat belajar tentang pelbagai karenah dan perangai, buruk atau lawa manusia kat alam maya ni.

percayalah cakap aku, memang berbagai.

ada yang mengayat memang rasa nak naik ke bulan. pakai ayat2 cintan jiwang meleleh ayaq liuq. rasa macam dengar lagu pun ade. memang best layan jiwang2 ni kan. tapi paling potong stim bila yang ayat2 jiwang tu bila tengok muka memang patutlah ayat serupa lagunya jugak. err ADULT. adult maksud aku kat sini ialah geng2 bapak2 pakcik2. tak termasuk geng abang pun. tapi macam biase. nak jugak aku panggil abang.

hello?!

serupa bapak aku, kau nak aku panggil kau abang? eee tolonglah aku terbayang orang sebaya aku panggil bapak aku abang. geli nak mampuih terasa nak tampaq diri sendiri. even kalau sebaya aku jual barang panggil bapak aku abang pun aku rasa geli and rasa nak humban kepala dalam tandas je minah tu. hahaha. 

okay aku ade tendency untuk menyimpang jadi aku akan menyimpang dalam kiraan 3,2 1.

teringat aku pasal isu nak panggil abang ke pakcik ke encik ke, dengan member2 aku. masing2 dengan teori masing lah. aku pun ade jugak. aku rasa panggilan pakcik tu paling selamat sebab taknak ada masalah. kang ade yang terperasan lah, tak senang duduklah sebab aku panggil orang abag dah tu ingat aku nak ngorat? lah. semua tu ada. so kata putus, baik kau jangan guna kata ganti diri. biar unknown di situ. selamat kau nyah.

tapi yang penting drebar bus uni aku tu jangan harap aku nak panggil abang. euw seribu euw okay? 




Saturday, September 15, 2012

T_T

maafkan lah aku jika aku ada salah silap tak kira sekecik mana dan sebesar mana. maafkan aku jika terkasar bahasa dan terlebih melawak. maafkan aku jika aku marah sesiapa. 

dan tolong buatkan aku lupa tentang apa yang menyakitkan di setiap hari-hari aku supaya tiada dendam. aku taw aku cepat marah dan kerana itulah aku perlu belajar untuk cepat lupa. 

Thursday, September 13, 2012

dan bila hati meroyan

"kenapa kau potong line aku? kenapa kenapa kenapa? spoil mood aku je lah wey. benci betul aku. lain kali kalau aku nampak kau kat situ lagy aku ikat kat pokok aku biar kau kering kat situ."

hati aku meroyan. sebab aku tak puas. tak puas nak spend time yang sangat singkat tu dengan semaksimanya.

kesiankanlah aku. eh eh eh?

Wednesday, September 12, 2012

....er?

aku rasa penyakit aku dah makin teruk. i need to get away from kampar. it brings out the worst in me. maybe cuaca kot. tapi aku memang cepat sentap. wai?

tension dow. lame2 kalau macam ni jugak maw meletup kampar aku buat.

tolong bagi ubat anti-sentap. ADE?

orang dari tempat matahari terbit

kami baru habis setelkan program (bagi nama program, baru gempak sikit). padahal cultural booth je. HEHE. budak2 jepun tu memang comel. masing2 datang ke sini untuk belajar jadi mereka lebih terbuka pada apa yang kami presentkan hari tu.

agak2 kalau student malaysia, gaya mereka macam ni tak?

aku tanya bukan sebab apa. malaysia ni, datang lah apa2 pun, mesti ada yang cuba hantar phenomena tu balik sebab katanya menyesatkan dan sebagainya.

tapi mereka under estimate orang malaysia. sebab aku rasa orang malaysia kuat je. cume tataw sekuat mana lah. HAHA.

tapi budak2 jepun tu satu je dyeorg tak boleh terima. kemanisan malaysia.

HAHA. bukan. kemanisan kuih malaysia. memang tak makan lah kalau geng2 kuih cara tu. belum lagy kuih2 kat kelate tu. cek mek molek confirm dyeorg takkan layan kan. macam mane aku nak bawak balik mamat jepun sorg balik jumpe nenek aku?

tapi takpelah. kalau kemanisan kuih dyeorg tak dapat terima, moga2 kemanisan senyuman kami memberi impak besar dalam hidup mereka. HAHA.

tapi aku rasa cultural booth yang kami buat hari tu memang banyak mengajar kami.

ajar kami yang banyak jugak benda yang menarik dalam budaya kita ni.
ajar kami yang betapa pentingnya budaya.
paling penting, ajar kami untuk bersabar.

sebab karenah manusia ni memang macam2. ada yang dok watlek je bila semua tengah tergopoh2. ada yang menghilang di saat diperlukan. ada juga yang buat perangai yang rasa nak tampaq.

itu baru buat booth. kalau buat event gedabak, tak ke aku jadi gila?

oh mamat jepun nape kau comey sangat? nak ikat kat pkok lepas tu cium2 boleh tak?


Friday, September 7, 2012

teet teet teeteeet teet.

tajuk tu aku nak buat tit tit titit. tapi bila tengok balik, aku takut. takut ramai yang jumpa blog aku ni especially laki2 yang tengah cari porn. kang korang kaitkan aku dengan porn.

*cukuplah orang kaitkan aku dengan lesbianism* =.=

aku kalau bangun pagi memang susah nak compute. or bangun tak pagi pun aku macam tak berapa nak jalan otak aku ni. kesian sape2 yang bangunkan aku. jangan risau. aku tak marah. i just need time to get up and to tell my brain that i need to start using 'him'.

ha tanyalah kenapa 'him'.

sebab aku rasa aku punya brain laki2. bukan perempuan. sebab aku tak macam perempuan biasa yang oh-so-ayu. aku bukan perempuan yang suka pakai aksesori bagai2.

*actually bukan tak suka. tapi malas. hehe.*

and maybe because i inherited a lot from my dad. things that guys usually do.

*kalau aku mention kang kau orang kata aku stereotype so takpayah lah. lalalala~"

OKAY TENGOK DAH TERSASAR DAH TOPIK AKU. CHIAO BRAHS.

arnab punya pasal

baru lepas bace blog psycho yang aku rasa sangat menakutkan bila baca. taw kenapa aku kata menakutkan? sebab dia minat bela arnab and maybe ade banyak lah arnab koleksi dye tu. dari pengamatan aku, memang dye sayang lah arnab2 dye tuh. monitor betul2. jaga elok2 bila arnab tu beranak. bagi makanan mahal. bagi rumput yang khas dan bagus untuk arnab.

even bagi makan hampas soya sebab nak bagi senang menyusu anak2 arnab tu.

tapi yang aku tak tahannya ialah dia boleh pulak sembelih arnab yang dye bela tu untuk makan. i mean, kalau kau bela memang macam kambing untuk disembelih tu takpe. tapi ni....

uh maybe aku dramatik.

tapi MACAM MANE DYE BOLEH BUAT MACAM TU?

arghhh tension! dah lah orang kajang!

*err kajang tu takde kaitan.* EHEH.

rage

hari ni dan semalam jadi lagi. macam ada orang lain dalam diri aku yang nak buat sesuatu luar tabii aku. rasa macam nak meletup. rasa macam nak lempang semua orang. rasa nak lempang diri sendiri jugak.

aku ade dual personality.

one side of me wanted to rage out and say things that i know would hurt people. another side just wants it to end without any heartbreaks.

barangkali aku gila. barangkali dunia yang gila. siapa tahu.

tapi brah, kalau dah kecoh2 tapi takde manfaat pun tak guna kan? lebih baik cari jalan penyelesaian. dan bila tanggungjawab tu aku yang punya, aku nak pastikan aku buat terbaik. so, tolong jangan buat aku rasa bersalah brah. because i love the people around me.

chill brah

semua benda kalau nak kaitkan dengan hal2 sensitif memang susah lah nak hidup bhai. chill bro and sis. just sit back and enjoy. tak perlu taksub tak perlu nak analisa sangat. be moderate macam aku. senang hidup senang hati.

asalkan niat di hati tu bersih. and pegangan lu kuat. lain2 tu toksah beria. kalau kau kuat, kau tahu mana baik mana buruk mana nak ikut mana tak ikut. tapi maybe kau tak kuat. sebab tu kau cari alasan. sebab kau lemah.

Thursday, September 6, 2012

KEN to the TUT

member aku sentiasa terkentut. itu yang aku ingat. haha.

"opps. sorry terkentut."

"eh. i bukan nak kentut pun. tapi angin tu. bukan i nak kentut pun sebenarnya."

kisah kentut kami memang epic. TER pun ade. TAK TER pun ade. angin punya pasal pun ade. nak berak punye pasal pun semestinye ade.

yang penting kami bahagia dengan kentut kami.

have you farted today?

Wednesday, September 5, 2012

bukan asli

manusia. macam2 jenis ada kat muka bumi ni. dan oleh kerana manusia macam2 jenis maka orang di sekeliling kita pun macam2 jenis jugak.

kalau kiri salah kanan pun salah, nak pergi mane lagy? atas? bawah? ha tu matilah jawabnya.

tapi tulah, bila dah hidup ramai2 ni memang banyak dugaan. dan dikurniakan pula aku ni jenis yang memang tak tahan bahang2 yang tak menentu ni. memang ramai lah yang akan terkene tempias badai cik pe'ah ni.

mintak maaf banyak2 kalau ada sesiapa yang terkena. i just can't help it. kadang2 aku rasa macam nak meletup. macam nak tampar diri sebab tak rety nak control. susah untuk orang seperti aku menerima sesuatu yang aku rasa menyakitkan hati atau remeh. sebab tu kadang2 aku ter-meletup dan cakap benda2 yang kadang2 terlalu drastik ataupun dramatik.

tapi tolonglah ajar aku macam mana nak control. macam mana nak terima semua ni dengan hati yang terbuka tanpa rasa benci mahupun marah. tolong beri aku sebab mengapa aku harus bersabar.

sebab ini semua kerja gila.

kau tahu kenapa? because in the end, after all what's happened, we would all sit there and act like nothing happened. because in the end, we are all good actors and actresses. because we are all fake.


betul tak?

Sunday, September 2, 2012

excuses, will u accept them?

aku sedar aku dah lama tak post ape-ape. selalunye aku sekadar update post orang lain je. kadang-kadang baca blog orang ni pun macam tengok drama. macam-macam ada. tak perlua dah tv tu. blog pun dah cukup.

tapi kalau korang mengharapkan blog aku penuh dengan drama, korang silap lah. post pun memang malas kan. inikan pula berdrama bagai.

masalah aku ialah, aku memang bermasalah. bermasalah bila nak post entri baru. sebab bila idea ada, saluran untuk menyampaikan idea aku tu takde. dan bila adanya saluran untuk idea aku tu, idea pulak entah ke mana. sial tak?

rasa mcam nak tampar diri sendiri. drama betul. haha.

oh btw, singgah sini kalau korang rasa takde berita dari aku. sebab aku mungkin lepak sana kejap-kejap sebab itu laki aku nombor dua kat dunia blog ni. sorry lah aku ramai laki. hekhek. tamak lah katekan.

exam oh exam. tolonglah study supaya boleh score supaya aku tak kene marah dengan mak ayah and yg penting tak kene marah dengan supervisor. tak larat weh. sebab dye marah depan-depan orang lain. ai pun ada kemaluan okay.