Sunday, October 28, 2012

back to the future or to the past?

bulan oktober dah semakin meninggalkan kita. tapi aku rasa ralat nak bagi oktober berlalu. sebab aku tahu, november yang mendatang, lagi banyak cabaran yang akan datang. 

penat. macam2 berlaku.  baik mahupun buruk. lawa mahupun hodoh. 

event punya hal. menari lah. stage lah. ketupat lah. baju kurung lah. semua kene fikir. penari nak pakai apa, kene fikir. penari nak menari apa, kene fikir jugak. stage nak buat besar mane, kene fikir. sitting area nak besar mane, nak design macam mane, kene fikir lagi. 

otak aku yang selalu tak berapa nak pakai, telah ku gunakan dengan full force semester ini. 

terbakau, nyah!

belum sempat apa2, dah kena fikir pasal intern. resume kene macam gampang kalau nak build the best first impression. tapi apalah sangat resume kalau pengalaman kosong, cgpa tersadai bawah pokok kelapa tunggu masa nak tumbang?

gambar resume pun dua kali amek. sebab konon nak yang terbaik dan tercun. nak yang nampak muka kurus bagai. padahal memang dah gemok tapi denial nombor satu punya pasal akhirnya dapat gambar yang tak berapa nak gemok. 

aku dah janji dengan diri sendiri kalau intern dapat hotel ke aku nak cari sugar daddy. haha! sarcasm di situ, tolong jangan lupa. 

intern briefing pun tak de lagy dah tunggu masa nak briefing FYP. by the end of this semester kene hantar proposal? aku rasa macam baru masuk degree semalam je. dah kene prepare proposal. 

cepat sangat masa berlalu. 

tapi aku still rindu masa dolu2 bila kita tak perlu risau apa2. 

oh budak intern, cepat2 balik. i miss u al-leady! haha. 

Tuesday, October 9, 2012

naik gila


aku sedar aku memang suka tido lambat. tapi ini bukan habit yang aku suka-suka nak semaikan dalam jiwa aku. benda ni bukan benda yang aku saja-saja nak buat tapi otak aku ni asal malam je berjalan tak henti-henti. tapi asal siang je, mode tido dengan automatisnya akan ditekan. magis atau ilmu hitam apa pun aku tak tahulah.

bila malam ni lah, blog-blog menggoda jiwa aku. malam-malam ginilah  baru datang idea nak blog. malam-malam ginilah baru ada orang nak cari aku.

so jangan salahkan aku mengapa aku jadi burung hantu. memang bukan niat aku.

tapi sekarang ni, kegilaan burung hantu aku makan menjadi. disebabkan aku sekarang cuti, aku pun dengan senang hati duduk rumah. tapi tak senang-lenang  pun so lupakan niat kau nak bahan kata aku untunglah duduk rumah senang-lenang.

aku cucuk bijik mata kau kang.

mesti kau ingat duduk di rumah kerja aku online je memanjang kan? online tu memang lah tapi aku online memanjang sebab aku tak boleh tido.

aku kata gila burung hantu aku tu makin menjadi sebab aku teringatkan peristiwa rumah aku tu. semenjak peristiwa tu, aku takut nak tido dan takut kalau tak tido.

hah memang pelik. aku tahu. tapi siapa yang tak pelik, kan?

kenapa takut nak tido? sebab aku takut kejadian tu berulang kembali. peristiwa tu jadi bila semua orang tengah tido jadi secara tak lansung aku rasa takut nak tido sebab takut mende tu jadi balik. sebab aku takut mende tu jadi dan bila aku tido kang aku tak boleh nak buat apa-apa dah. kot-kot apa-apa berlaku, aku takkan tahu sebab aku tengah tido time tu.

dan kenapa takut kalau tak tido? ni memang lawak sebab dah lah aku memang tak boleh tido. pulak dah aku takut kalau tak tido. tak ke psiko?

aku takut sebab aku takut mende tu jadi sekali lagy dan aku tak tido di saat itu. bila bunyi macam-macam aku dah seram. dah lah tak tido, pundi kencing aku pulak, time-time ni nak buktikan kegunaan dye. mula meragam nak buang itu ini. dan setiap kali nak kencing, aku mesti seram nak keluar bilik. aku takde tandas dalam bilik so kene keluar bilik.

dan aku sebagai psiko terulung pun akan keluar bilik sambil bayangkan macam-macam.

bodoh tu memang. tapi otak aku ni memang tak dengar cakap. lagi aku kata jangan fikir, lagi banyak ler dye fikir.

entah kenapa mende tu tak pernah nak hilang dari kepala otak aku. mungkin aku terasa sangat sebab lokasi aku sebelum kejadian itu. bagi aku, macam ada pro and cons-nya.

pro sebab aku pandai timing masuk tido tapi cons-nya ialah kenapa aku masuk tido.

psiko sangat ah aku ni. kalau aku dapat orang yang buat dajal ni memang aku seksa dyeorg supaya tak dapat tido malam macam aku. aku tahan kelopak mata dyeorg dengan cungkil gigi. agak-agak sebulan tak dapat tido aku kerjakan suruh jadi kuli aku sebulan lagy. lepas tu, aku ikat kat tempat panas. biar terik mentari yang tolong sedarkan dyeorg. bila petang, mentari dah pun selesaikan tugas, aku mintak jasa baik semut. aku tuang madu. aku mintak semut atau binatang yang suka madu, mintak dyeorg enjoy their meal. and when i say meal, i don't just mean the madu okay.

maafkan aku tapi aku memang psiko terulung. aku baru sedar bila aku rasa high gila baca blog psiko-psiko ni. HEHE.

Sunday, October 7, 2012

syair hati lara yang tak cukup baris

aku tak bersedia lagi
nak menghadapi
cabaran ini

aku tak nak balik semula
ke tempat durjana
yang memang menyeksa

tapi apakan daya
aku perlu pulang ke sana
sebab itu tanggungjawab hamba

tension
tension
tension

sebab takde perkataan yang rhyme dengan tension so aku ulang je tiga kali.

Friday, October 5, 2012

masuk masuk masuk!

bila duit claim masuk, aku nak beli buku. dah lama tak baca buku2 yang dapat kenyangkan jiwa aku.

"wah hebat ah u"

aku paling benci bila ditanya mengapa aku ini dan mengapa aku itu. sebelum tahu siapa aku yang sebenar, bila sembang, biasa2 je. tapi the moment aku cakap aku siapa, lain jadinya.

seperti:

situasi 1

"eh pandainye u cakap BM. wah terer ah u ni. eh macam mane u boleh terer cakap BM pulak?"

"yelah. dah kalau orang malaysia memang lah pandai. lahir sini duduk sini. sekolah kebangsaan lagy tu"

"wah hebat ah u. tak sangka"

kepala hot to the a to the k kau. ingat aku mat salleh datang melawat malaysia ke? orang malaysia, dude. haruslah cakap BM elok. aku BM score okay. oh btw, mak aku ajar BM. ape kau nak cakap? Bm tu lingua franca. kalau aku tak tahu nak cakap BM macam mane, baik aku tak duduk sini kan? baik aku balik US tu. sebab dulu aku duduk US, dude (auta).

situasi 2

"oh tak ah i siam ah"

"oh yeke? so, mesti u tengah pakai seksi2 kan?"

" tak ah. biase je lah"

"yeke?"

demm. ape, kalau aku bukan macam kau, aku kene seksi2 ke? itu stereotaip dude. cermin diri cermin geng kau dulu dude. cakap pandang2 dude. jangan jahil sangat ah.

moral of the entry, kalau kau nak jahil tak tentu pasal, sesat hilang arah, sila keep it to yourself kay. jangan buat malu okay. negara nak maju dah. tapi orangnya, pemikiran tinggal dalam jamban.

and to some of us yang telah mencalitkan arang, sila berubah sebab kau pun taknak dilihat sebegitu kan? kalau kau tak rety BM, praktis lah dudes and dudettes. duduk malaysia, kan? takkan nak cakap macam ayam itik sesama sendirik lak.

eh entry ter-emo pulak. sebab aku kan gila. HEHE.

demm u age

i realised one more thing about me today. semenjak dah bergelar single selama ni (memang lama), aku rasa aku dah memang tak rety nak jadi seorang yang bertanggungjawab dan committed.

*bunyi macam lelaki player dalam drama tv yang keliling pinggangnya ada perempuan cantik2*

cuma, memang bukan akulah si lelaki itu. tukar wayang. ini wayang aku. jadi akulah perempuan player yang keliling pinggangnya ada laki handsome2.

pembetulan lagi. dikeliling pinggang aku ni takde pun laki yang handsome. jadi layakkah aku dipanggil player?

ignore. sebelum aku mula menyimpang baik kau orang baca diam2 jangan bagi respond yang boleh memesongkan niat menulis aku hari ini. 

aku rasa rimas kalau ada orang kata kenapa tak jawab call, atau tanya mengapa aku lambat reply message atau yang seangkatan dengannya. 

yang aku paling rimas, bila orang hantar message kedua, tanpa menunggu aku untuk reply kembali, walhal aku reply tak lambat pun. around 1-2 minutes. 

agak2 ah. nak suruh aku reply dalam masa 5 saat ke? kalau aku macam Pam dalam true blood yang boleh type message laju begitu, memang aku akan reply message kau dalam masa 5 saat, dude. 

bila difikir balik, macam overly-attached-gelpren/boypren pulak. bukan gelpren/boypren pun tapi lagak serupa aku bini dia yang, kalau tak reply message tu barangkali sedang bercengkerama dengan orang lain. 

hello. aku duduk rumah banyak kerja. tolong2 mak. tengok tv. layan kartun kegemaran dan rancangan nat geo yang aku suka. lepas tu tido. dan makan. 

i don't have time to entertain silly requests lah people. living at home is much busier than in uni. HEHE.

maybe sebab aku tak minat orang tu. atau maybe aku dah tua. atau maybe aku rasa i'm way over this stuff kot. 

oh tak. aku rasa aku tua. demmmmmm...

Wednesday, October 3, 2012

the IT

it never fails to piss me off.
no matter how far
or how close i am to it.
it never rests
nor does it feel contented.
there is always something that is not enough.
and there is a strong urge to piss me off.
i know it's just me
and my irrelevant feelings.
but i am still human.
i still feel
and i have strong feelings for it.

the strong feeling of killing IT
the thing that bugs me.
rattles my feelings
shakes my confidence
and kills every bit of my soul
everyday.
or maybe, i should just kill the source
the source that gives way for it to leave me into pieces
the source that has issues
and problems.


maybe
...i should just kill me



Tuesday, October 2, 2012

i have no idea for the title

duduk rumah memang best. tapi yang tak bestnye sebab takde yang best kat rumah. dan aku tak dapat nak keluar hang out. bosan. orang ajak tapi aku tak berani nak pergi sebab aku tak kenal. haha. kan aku dah buat pengakuan hari tu kan aku suka chat.

dan orang yang aku kenal pun aku tak pergi. sebab susah. rumah banyak keje takkan aku nak tinggal macam tu je kan. dan aku takde kenderaan nak gerak. budak pj gune kereta. rumah tinggal kereta gedabak tu and i'm sure mak aku takkan bagi bawak.

so yeah. that's how my holiday.

it sucks, i know.

but it sucks to know that i have to get back to the dreaded place.

and tanpa rakan baik yang sedang enjoy jimba-jimba intern tu, lagy lah tataw macam mana aku nak face live kat sane nanty.

tapi i best be preparing. sebab semester ni tak kurang suckingnya. lepas tu intern pulak. lagy suck sebab aku tataw mana nak pergi. mana nak carik. and aku pulak yang away dari kampar.

okay menyimpang dah dari niat asal so adios aku nak pergi cari balik niat aku tu.